Monday, March 10, 2014

Mini Pizza

Mini Pizza

BAHAN-BAHAN:·         1kg tepung roti
·         15gm garam
·         1 1/2 sudu teh improver·         100gm marjerin
·         30gm softner
·         3 biji telur
·         400ml air
·         100gm gula halus
·         80ml susu pekat
·         300gm yis kering
 Bahan Inti:

·         200gm tuna
·         1 biji lada Benggala |didadu

·         1 tin nenas | didadu
·         1 tin cendawan | didadu
·         250gm keju Mozarela
·         Sedikit sos cili | untuk sapuan 


CARA MEMASAK:1. Satukan kesemua bahan dan uli sehingga menjadi doh yang kental.2. Timbang adunan menjadi 15gm setiap satu doh dan bulat-bulatkan.3. Biarkan doh rehat selama 15 minit kemudian dicanai.4. Biarkan lagi sekali doh sehingga naik dua kali ganda.5. Bakar sehingga masak pada suhu 180˚C.6. Untuk intinya, sapukan sos cili ke atas piza, sapukan tuna dan taburkan kesemua bahan lain.7. Bakar selama 10 minit menggunakan api atas sahaja dan sedia dinikmati. 




**DISCLAIMER: Resepi yang tak bergambar ni ,adalah resepi yang saya jumpa suatu masa dulu, yang saya Copy&Paste jer kat MS Office, dan sumber nya "Unknown" sebab dah lama dalam "Collection". Mohon maaf sekiranya terdapat persamaan, bukan niat nak curi or copyright..cuma takut lupa jer or laptop rosak ke..so bole la refer balik resepi kat belog sendiri**

Danish Kismis

Danish Kismis



BAHAN-BAHAN:·         110gm mentega
·         15gm yis segar
·         3 sudu makan gula
·         110ml susu (susu penuh krim)·         1 sudu teh esen vanila
·         1 biji telur
·         125gm tepung | diayak
·         125gm tepung roti | diayak
·         ½ sudu teh serbuk kayu manis·         100gm kismis
·         Secubit garam



  CARA MEMASAK: 1. Campurkan yis bersama gula, 2 sudu makan susu dan esen vanila. Biarkan selama 10 minit.2. Kemudian campurkan kesemua susu, telur dan kacau sehingga sebati.3. Biarkan selama 10 minit sehingga yis mengeluarkan sedikit buih. Ketepikan.4. Satukan tepung bersama gula, serbuk kayu manis dan secubit garam. Gaulkan sehingga sebati dan buatkan lubang di tengah adunan.5. Kemudian masukkan bahan terdahulu (campuran susu) dan gaulkan sehingga menjadi doh. Uli adunan selama 5 minit.6. Balut adunan di dalam plastik dah rehatkan selama 30 minit di dalam peti sejuk.7. Uli adunan memanjang, taburkan kismis di atasnya dan gulung menjadi bulat.8. Bakar selama 25 minit pada suhu 180˚C. 



**DISCLAIMER: Resepi yang tak bergambar ni ,adalah resepi yang saya jumpa suatu masa dulu, yang saya Copy&Paste jer kat MS Office, dan sumber nya "Unknown" sebab dah lama dalam "Collection". Mohon maaf sekiranya terdapat persamaan, bukan niat nak curi or copyright..cuma takut lupa jer or laptop rosak ke..so bole la refer balik resepi kat belog sendiri**