Tuesday, May 7, 2013

Ikan Siakap 3 Rasa

6th May 2013, was my hubby's birthday. Birthday yang ke berapa? He was born on 1979, so korang calculate la sendiri yer.(**Soklan matematik nih,,,cepat jawab..heehehehe)

Kebetulan pulak MB Selangor, announced Public Holiday, sempena GE2013, so aku yang keje kat Selangor ni, bercuti, tapi....husband lak keje kat KL, so kene la koje!

Sementara dapat peluang jadi fulltime housewife nih, ingatkan nak masak spesel laaa tok birthday boy tu...dalam peti sejuk lak ade ayam (emmm takkan ayam lagi), udang, ikan siakap..So dah konfem la...ayam is rejected..kite masak Udang and Ikan Siakap..time tu terfikir laa...Ikan tu nak masak 3 Rasa, udang lak buatkan sayur campur.



Bahan ikan
Ikan siakan , sekor jer
2 sudu besar tepung jagung
Minyak untuk menggoreng ikan
Garam


Bahan tumis:
 Bawang merah besar ,sebijik
Bawang putih- 3 ulas
Cili padi (ikut level kepedasan sendiri, in my case , guna 8 biji jer)
 Sebatang serai - di hiris halis

Bahan Sos:

Sos tiram - 2 sudu makan
Sos cili - 1 sudu makan
Sos tomato - 2 sudu makan
Cili paste - 1 sudu makan
Kicap manis - 1 sudu makan

Bahan lain :
 Tomato sebijik potong dadu
Nanas (beli yang dalam tin je, cap Ayam Brand, gunakan separuh)
Bell Pepper sebijik potong dadu



Cara masak : 

1) Panaskan minyak dalam kuali

2) Lumurkan ikan dengan garam dan tepung jagung, then goreng hingga masak , jangan garing sangat. Sos susah nak absorb. Pastu, angkat ikan dan tos kan minyak yang berlebihan. I preferred guna kitchen towel.

3) Recycle kan kuali goreng ikan tadi, tapi jangan lupe alih kan sket minyak, then gorengkan semua bahan tumis hingga wangi.

4) Masukkan bahan sos. Gaul mesra yer....

5) Lastly , masukan Nanas, tomato, bell pepper. Gaulkan dan perasakan.

6) Letak kan ikan dalam pinggan, tuangkan sos.Taburkan daun sup dan daun bawang tok hiasan.