Monday, January 28, 2013

Tofu Goreng Sos Tiram

Bahan:
1 paket tofu
3 sudu makan EVO
5 sudu makan minyak sayur
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah rose
1/4 cawan udang kering yg dah di basuh
3 sudu makan sos tiram
1/2 cawan air panas

Cara memasak:

Tumbuk bawang merah,bawang putih,cili besar dan udang kering.Jangan sampai lumat,sedang -sedang jer. Ketepikan dulu.
Tofu di potong 4-5 bahagian,goreng dengan minyak sayur sehingga keliling tofu tadi sedikit perang.Angkat dan ketepikan.
Panaskan EVO, tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi hingga wangi ,masukkan sos tiram dan air panas.
Secubi garam untuk perasa. Biarkan merenih,hingga kuah sedikit pekat dan angkat.
Tuangkan ke dalam pinggan berisi tofu tadi. Tambah sedikit bawang goreng untuk hiasan.

Spaghetti Seafood

Baru je pas tengok 30 Minutes Meals kat Astro..macam sedap je spaghetti masak seafood..ni bahan-bahan nya:

1 paket spaghetti
300gm udang dibuang kulit
Air untuk merebus spaghetti
200gm butter
Sedikit lada hitam
Garam

Cara nak masak
-rebus spaghetti hingga lembut,toskan, simpan secawan air rebusan tadi
-Panaskan kuali,masukkan EVO dan masukkan bawang putih, thyme & rosemary
-dah wangi, masukkan udang, dan perahan lemon bersama hirisan lemon.
-Then,masukkan air rebusan spaghetti tadi biarkan merenih for 5mins
-Dalam pot kecil, saute bawang putih dan butter.dah wangi dan aroma bawang putih pun naik,padam kan api.
-lastly, gaulkan semua bahan yang dah di masak tadi bersama spaghetti..,boleh makan!

Gambar takde ,sbb blom try lagi..motif post resepi ni sbb takut lupe pulak ..

Ala Famous Amos Cookies

Bahan yang diayak:
2 1/4 cawan tepung gandum
3 sudu kecil serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu besar tepung susu
Secubi garam

-semua bahan di atas di ayak bersama

Bahan untuk doh
250gm mentega
100 gm gula kastor
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 biji kuning telur gred A
1 cawan coklat chip
100gm muesli -kalau takde,boleh letak kekacang
50gm kismis

Cara-cara membuatnya
-Pukul mentega,gula dan esen vanilla hingga kembang
-Masukkan kuning telur,dan pukul hingga sebati
-Masukkan bahan yang telah di ayak tadi,gaulkan dengan spatula
-setelah sebati, masukkan coklat chip,kismis,dan kekacang atau muesli
-uli jadi bentuk bebola kecil dan susun di atas dulang pembakar.
-Bakar selama 15min - 20min,suhu 160'C,gunakan api atas & bawah.
-bila dah masak,sejukkan dan kemudian simpan dalam balang

Note:
-Alaskan dulang dengan kertas minyak
-Panaskan dulu oven selama 10min

Sunday, January 20, 2013

Ayam Burma

Actually,arini tak tau nak masak ape for dinner, nak masak ayam or ikan erkkk...dok pikir-pikir..baek tanye pakcik Google, search kat Google "resepi ayam".search result sama jer.finally jumpe blog Cik Mat ni, adee resepi "Ayam Burma"..so arini berinspirasikan resepi Cik Mat makanya..jadi la Ayam Burma ni : Tapi aku olah seket ikut bahan-bahan yang ade kat dapur..tp xde la jauh sangat lari dari resepi asal yer..

Ni bahan-bahan nya:
200gm dada ayam,yang dah di bersihkan
*1 sudu makan SosTiram
*1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan serbuk kari
Sebatang serai
Sedikit garam & gula
1/2 Kiub pati ayam dihancurkan
Sedikit air

Bahan tumis:
Guna semua bahan yang dah siap kisar dlm peti sejuk jer (bawang putih,bawang merah dan cili)

Cara memasak :
1) Perapkan ayam dengan kunyit dan sos tiram,biarkan selama 20 min.
2) Gaulkan serbuk kari dengan bahan tumis
3) Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi, then, masukkan ayam tadi,gaulkan.
4) Masukkan sedikit air,kiub pati ayam,gula, serai dititik dan garam
5) Biarkan ayam hingga kecut dan kuah menjadi pekat.
6) Hidangkan.

*Next time nak cuba resepi asal Cik Mat

Monday, December 24, 2012

Kacang Bunci Goreng Kunyit

100gm Kacang buncis
Sebiji carrot,tapi pakai separuh jer
3 ulas bawang putih
1/2 bawang india
100gm dada ayam(cut into cubes)

Steps:
Potongkan kacang buncis dan carrot,ketepikan.
Perasakan ayam dengan garam & kunyit.
Panaskan sedikit minyak,masukkan bawang putih hingga wangi.
Masukkan ayam,setelah separuh masak,masukkan pulak kacang buncis,carrot and bawang india.Tumiskan 2-3min.

*Ayam tadi dah di perasakan dengan garam,so tak perlu tambah garam lagi.
*Ikut selera masing2 la yer .kut kut nak masin lagi ke.

Tuesday, November 13, 2012

Homey Lamb Chop

Cuti deepavali ni malas nak keluar..kalau keluar pun duit pun kena keluar jugak..
Takpe la..arini masak jer la..lagipun lama dah tak masak spesel menu.
Menu 1: Lamb chop
3 potong "lamb shoulders"
1/2 sudu teh lada hitam,garam,rosemary & thyme
1sudu teh BBQ souce( jenama Heinz)
-Perapkan lamb shoulders dengan bahan di atas,biarkan selama 45min
-Panaskan non-stick pan, masukkan sket EVO, masakkan selama 6min.
Menu 2: Mashed potato
-2 biji russet potatoes,potongkan dadu
-2 cawan air
-1/2 teh garam
-1/2 cawan low fat milk ( saya prefer susu Dutch Lady dalam kotak)
-Rebuskan kentang bersama air dan garam sehingga lembut.
-Buangkan air,dengan menggunakan potato smasher,lenyekkan kentang dan masukkan susu. Sedia untuk dihidang
Menu 3: Coleslaw
-Lobak
-Kobis
-Sedikit kismis
-1/2sudu teh gula
-1/4sudu teh garam
-mayonis
-parutkan lobak dan kobis
-gaulkan ke semua bahan
-sejukkan sekejap sebelum di hidangkan.

Semua tadi tu boleh siap dalam 1jam 30min..
Simple and savvy kan..



Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, September 7, 2012

Hashbrown + Omlette dipped with Jalapene cheese

Simple & fast ....sesuai untuk sarapan +___+

1 pc hashbrown
2 eggs
1/2 cup of fresh milk
Salt & pepper
5 tblsp Jalapeno cheese powder dibancuh dengan air panas

 -Panaskan minyak, selepas minyak panas, gorengkan hashbrown tadi, for about 2 minutes. Dah masak, letak atas kitchen tissue.
- Telur, garam & pepper, fresh milk di pukul sehingga kembang, dengan menggunakan non-stick pan, masukkan bahan tadi, goreng sampai masak.
-Selepas tu, letakkan hashbrown ke dalam pinggan, diatas nya pulak, di letakkan omlette tadi dan ready tok di makan!